skip to Main Content
Kumpulan Penyelidik U-BAN, FTIR Dukung Kerjasama Universiti-Industri Bersama Syarikat VENTURA IOT Sdn. Bhd

Kumpulan Penyelidik U-BAN, FTIR Dukung Kerjasama Universiti-Industri Bersama Syarikat VENTURA IOT Sdn. Bhd

Pada 2 Disember 2021, seramai lima orang ahli yang diketuai oleh Dr Rudzidatul Akmam Dziyauddin selaku Ketua Kumpulan Penyelidik U-BAN telah mengunjungi syarikat VENTURA yang beralamat di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Kumpulan penyelidik ini telah disambut mesra oleh kakitangan syarikat VENTURA yang diketuai sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut. Syarikat VENTURA merupakan sebuah syarikat internasional milik tempatan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini mempunyai pasukan yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam industri Minyak & Gas serta Industri Am lebih daripada 20 tahun.

Read More
Back To Top
×Close search
Search